10 cara nak hilangkan jerawat dengan mudah dan cepat!

Siapa ada masalah yang seperti di atas sila angkat tangan dan saya YES SAYA!

Jangan risau dan jangan ragu sebab pernah dengar tak orang tua cakap “Jerawat itu pemanis wajah.. ”

” Jerawat itu pemanis wajah.. ” – bak kata orang2 tua dahulu kala. Betul ke tidak?

Haha, sabar je lah dengan statement tu kan?

Kalau dah penuh atas dagu , tepi pipi, atas dahi, atas mulut sampai nak terkeluar nanah mana nak datang manisnya? Asyik mencuka je muka dan asyik nak berfikir  dan cari cara macam mana nak hilangkan jerawat dengan cepat dan mudah kalau boleh nak bangun tido esok semua jerawat hilang licin POM,HILANG!

Negara Malaysia ni negara tropical iaitu tinggi dengan paras humidity. So memang kecenderungan untuk kulit menghasilkan lebihan minyak dimuka itu memang NORMAL.

Sis Lora tahu ramai yang memiliki kulit wajah sebegini. Perlu diketahui kulit berminyak memang cenderung bermasalah terutama jerawat.

Puncanya anda melakukan perkara yang sebenarnya menjadi pantangan bagi yang memiliki kulit berminyak.

Di bawah ini adalah perkara yang Sis Lora nak share untuk semua dan seharusnya tidak anda semua lakukan jika tidak mahu kulit wajah anda yang berminyak itu terus bermasalah.

 1. Jangan kerap mencuci muka
Bila kulit rasa melekit anda mencuci muka sampai lebih dua kali sehari. Tindakan ini sebenarnya akan menyebabkan kulit makin berminyak. Walaupun berasa wajah kotor terkena debu, sebaiknya cuci wajah dua kali sehari saja iaitu sebelum keluar rumah dan sebelum tidur malam hari.

2. Guna produk rawat jerawat berlebihan
Wajah berminyak memang mudah ditumbuhi jerawat. Tidak masalah jika anda menggunakan produk mengecutkan jerawat tapi jangan guna berlebihan.  Ini kerana produk perawatan jerawat biasanya mengandungi salicylic acid. Ia berkesan untuk menghilangkan jerawat namun tidak sesuai dengan keadaan kulit berminyak anda. Ia boleh memburukkan lagi keadaan.

3. Tak pakai pelembap

Ramai yang berasa jika pakai pelembap kulit yang berminyak akan nampak lebih berkilat. Lagi pun dengan keadaan kulit berminyak pelembap sudah tidak diperlukan.
Ini salah ya. Kulit anda tetap memerlukan pelembap dengan kandungan yang tepat dan sesuai. Bagi yang memiliki wajah berminyak, gunakanlah pelembap berasaskan kandungan air yang tinggi agar dapat menyeimbangkan kadar minyak berlebihan pada kulit.

TIPS : Pelembab yang sesuai untuk kulit berminyak adalah berasaskan CECAIR ATAUPUN GEL. Tak kisah la brand apa, Aloe Vera GEL tu SANGAT SESUAI untuk kulit yang berminyak. Sis Lora pakai brand Aloe Vera GEL je sebab besar dan murah. Jimat!

4. Abaikan penyegar atau toner
Sama halnya dengan pelembap, kulit anda tetap memerlukan tomer. Ia berfungsi untuk menutup pori-pori kulit yang melebar sekali gus membantu mengurangkan penghasilan minyak pada kulit.

TIPS : Toner yang sesuai untuk kulit yang berminyak adalah jenis SOOTHING toner. Kat luar packaging selalunya memang dah siap2 tulis ” SOOTHING TONER”. Kalau pakai toner ni dia selalunya ada mengandungi alcohol untuk mematikan bakteria.

5. Jangan sering mencuci wajah dengan air panas
Air panas memang akan membuka pori-pori kulit dan mengeluarkan kotoran yang melekat. Namun mencuci wajah berminyak menggunakan air ini akan menyebabkan penghasilan minyak semakin banyak.

6. Jangan gunakan tuala yang kotor

Cara yang betul adalah cukup sekadar basahkan tuala dengan air panas dan tekap pada wajah dengan cepat untuk hilangkan kotoran. Kemudian cuci kembali wajah dengan air dingin untuk menutup  pori-pori.

7. Asingkan tuala badan dengan tuala muka

Asingkan tuala muka dengan tuala badan. Perasan tak kalau kita pergi ke hotel 5 bintang memang pihak hotel akan sediakan towel yang kecik-kecik tu kat atas sinki? Itulah tuala untuk lap muka. Boleh beli sekarang dah yang baru khas untuk muka?

8. Amalkan minum Green Tea 

Memang air ni air mujarab sungguh lah! Tak tipu. Memang bagus khasiat green tea untuk menghilangkan jerawat pasir di wajah sebab tanda tumbuh jerawat pasir adalah lebihan toxin di dalam badan. So, cara paling senang badan nak keluarkan toxin

9. Jangan sering picit jerawat di muka

Pantang larang yang ini paling UTAMA! Tapi memang faham, selalu je buatkan? Sebab gatal nak picit sampai nanah tu kalau boleh mercik ke cermin! Haha. Hebat, seronok dan best lepas tu menggelupur cari produk untuk hilangkan parut hitam jerawat tu. Kalau nak picit boleh, tapi seeloknya pergi ke spa atau salon kerana barang-barang yang digunakan telah dibersihkan dan disteril dahulu untuk mematikan kuman. Sekarang banyak aje kupon dan tawaran spa dan salon yang murah dan berdekatan di rumah.

10. Susah nak bersihkan makeup

Perangai pemalas ni kena lah improve sikit. Kalau boleh buang segala kotoran makeup dengan Makeup Remover. Bukan wet tissue ataupun facial wash.

Buang segala kotoran dengan MAKEUP REMOVER , bukan dengan WET TISSUE ataupun FACIAL WASH. Sebab, Makeup remover mengandungi sejenis garam untuk melarutkan ingredients makeup yang waterproof itu.

Nah sekarang mudah kan nak kecutkan jerawat dengan cepat? Ikut je semua tips ni insya Allah berhasil. Good luck Sis Lora doakan.

All the best.

Love,

Sis Lora Dash

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s